Thursday 22 May 2014

Penyusuan asas yang perlu kita ketahui

Ibu menyusu mesti tahu apa itu konsep penyusuan asas

Ramai ibu muda yang kurang arif akan ingat bahawa dengan makan vitamin yang sedang popular di pasaran akan terus buatkan susu mereka jadi banyak dan melimpah ruah.

Hakikatnya konsep penyusuan asas perlu dan wajib di fahami oleh ibu2 yang ingin menyusukan anak mereka.
Antara perkara penting yang perlu diutamakan ialah

1. Susu akan banyak apabila lagi kerap anak menyusu atau sistem perahan yang konsisten setiap 2 jam.
2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 liter sehari.
3. Pemakanan si ibu seimbang dan mencukupi. Ibu yang menyusu tidak boleh skip makan atau hanya light meal sebab si anak perlukan susu yang bernutrisi untuk membesar.
4. Si ibu yang ingin menyusukan anak perlu tahu apakah ubat merancang kehamilan yang boleh digunapakai jika ingin menyusu anak dan waktu yang sama mengamalkan pil perancang keluarga.
5. Si ibu perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan POWER PUMPING terutama apabila si ibu perlu mencukupkan stok keperluan susu anak terutama apabila anak dihantar di taska atau ditinggalkan bersama baby sitter. POWER PUMPING juga sangat penting apabila si ibu tidak dapat mengepam secara konsisten setiap 2 jam di tempat kerja.
6. Si ibu perlu pandai menjaga kesihatan diri dan mengelakkan keletihan melampau atau tekanan perasaan kerana ianya boleh mengganggu penghasilan dan pengeluaran susuibu.
7. Si ibu kena yakin dengan doa dan diri sendiri bahawa susuibu yang dihasilkan mencukupi untuk si manja.
8. Jangan bandingkan diri dengan orang lain tetapi sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.
9. Kekal positif dan bersangka baik dengan hasil usaha sendiri.
10. Sentiasa bersyukur setiap kali selepas menyusukan / memerah supaya tenaga positif kuat dalam diri.

Pengambilan supplement hakikatnya membantu tubuh ibu mendapat zat vitamin dan galian yang sukar untuk dilengkapkan dari makanan harian. Setiap vitamin mempunyai fungsi yang berbeza.

The next entry saya akan cerita fungsi setiap vitamin untuk penyusuaan...


* These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 
                              
Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia dan Taiwan.
Untuk maklumat lanjut untuk keahlian/pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui     
                     
Email: farshanna29@gmail.com
Call/ Whatsapp: 010-7942058

Salam sayang dari ummie kepada ratuku ainanina

No comments:

Post a Comment