Friday 23 November 2012

Vitamin Inspirasi Hidupku

Selepas melahirkan anak kedua, terlalu banyak perbezaan nya dengan anak pertama. Anak pertama caeseran, sebelum bersalin anak pertama, saya berkerja sebagai Civil Engineer di sebuah syarikat oil n gas. Syarikat ini perlukan seorang Engineer Construction untuk menyiapkan office Baru company tersebut. Sepanjang berkerja saya cukup merasa macam2 perasaan, suka, gembira, sedih, tekanan, dan macam2. Mungkin juga  di sebabkan itu, perasaan mengandung ketika itu bermacam2. Jadi baby pun keluar secara caeseran. Berbeza dengan anak kedua, saya beranak secara normal, di sebabkan saya sudah berhenti kerja, cukup rehat, fikiran tenang dan anak yang keluar pun secara normal. Tapi ini semua terjadi kerana ketentuan Allah swt.

Kali kedua saya mengambil vitamin selepas melahirkan anak kedua. Itupun suami tersayang saya memperkenalkan vitamin itu kepada saya sewaktu saya dalam pantang. Dia membeli kan saya vitamin untuk set berpantang. Suami mana yang tidak sayangkan isteri, nak isteri cepat sembuh. Vitamin yang diperkenalkan oleh suami saya ialah Vitamin Shaklee. Tidak pernah saya mendengar produk ini dan bila saya search dan cari maklumat tentang vitamin itu memang saya sangat teruja untuk mencuba dan mengambil nya. Sampai saja suami ke rumah, dia terus memberikan saya set trial pack vitamin Shaklee untuk di ambil selama 40 hari. Ia terdiri daripada vitamin Vitalea, B-Complex, Vitamin C dan Zinc. Apa perubahan yang berlaku kepada diri saya setelah mengambil vitamin tersebut:

~ Saya semakin bertenaga, tidak lemah langsung untuk membuat apa2 kerja di rumah terutama nya menjaga anak pertama saya yang baru berumur 1tahun 4bulan.
~ Saya senang untuk membuang air besar kerana sebelum itu saya kurang lawas dan susah untuk membuang air besar di sebabkan saya makan air ubat kampung. Tetapi setelah mengambil Vitamin Shaklee amat mudah dan sembelit pun hilang walaupun saya masih mengambil ubat air kampung yang di sediakan oleh emak saya.
~ Baby saya semakin cepat membesar, malam pun tidak langsung menangis di sebabkan air susu saya yang banyak setelah mengambil vitamin tersebut.
~ Ia sangat selamat dan tidak memberi kesan kepada baby saya malah baby saya semakin sihat, kulit nya bersih dan putih gebu.
~ ia juga telah menyembuhkan luka saya selepas bersalin di luar mahupun di dalam. Saya tidak merasa sakit pada luka jahit saya selepas mengambil set berpantang ini.

Banyak juga kebaikan yang telah saya perolehi dan saya berterima kasih banyak2 kepada suami saya kerana memperkenalkan produk ini kepada saya.

Saya akan menceritakan lagi lebih detail tentang set berpantang ini dan ingin saya memperkenalkan kepada kawan2 saya di luar sana. Bersambung lagi =)